Sejarah Shonen Jump (majalah)

Weekly Shonen Jump, Isu tahun 1995- #13 (versi Jepun) mempamerkan Piririn, iaitu watak cantuman Piccolo dan Kuririn dari siri Dragon Ball.

Weekly Jump diterbitkan khas untuk remaja lelaki ("Shōnen" adalah perkataan yang berasal daripada kanji yang bermaksud "sedikit" dan "tahun", dan merupakan perkataan bahasa Jepun untuk "remaja lelaki"). Manganya dipenuhi aksi dan pengembaraan, seringkali mempamerkan protagonis iaitu seorang lelaki muda dengan ciri-ciri istimewa dan/atau kebolehan yang menakjubkan.

Weekly Jump dilancarkan Shueisha pada tahun 1968 untuk bersaing dengan majalah Shonen Magazine yang terkenal pada waktu itu. Dalam era 1990-an, Weekly Jump mempunyai cetakan melebihi enam juta. Dalam tahun-tahun yang lepas, jumlahnya adalah lebih kurang 3 juta. Judul-judul manga Weekly Jump juga telah diterjemahkan dan dikeluarkan di negara-negara di mana majalah ini tidak diterbitkan, contohnya seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Thailand.

Terdapat juga beberapa permainan video berdasarkan majalah dan siri-siri yang diterbitkannya. Terdapat dua permainan Famicom Jump (Famicom Jump: Hero Retsuden dan Famicom Jump II: The Strongest Seven) bagi ulang tahunnya, di platfom Famicom, dan baru-baru ini juga di Jump Superstars dan Jump Ultimate Stars di Nintendo DS

Juga diterbitkan di Jepun adalah Akamaru Jump, sejenis isu istimewa yang mempamerkan satu keluaran manga semasa musim cuti di Jepun. Beberapa mangaka semasa dan sebelum telah memulakan kerjaya mereka dalam isu-isu ini, paling menonjol adalah seperti Hideaki Sorachi (Gintama), Akira Amano (Reborn!) dan Masashi Kishimoto (Naruto).